Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 1430 Hijrah

Aidilfitri 1430H

::: 1 Syawal 1430 Hijrah, hari yg ditunggu2 muncul jua, Selamat Hari Raya buat semua rakan2
::: bloggers semoga bergembira di hari raya tahun ini.. Alhamdulillah aku dah pun sampai di KL
::: menyambut lebaran dgn famili & sanak saudara.. cuma tahun nih aku rasa taklah semeriah
::: tahun2 yg lalu: cousins aku byk dah kahwin [hehehe?] masing2 beraya rumah mertua; ada
::: jugak yg baru dpt baby, jadi mereka tak boleh jalan beraya jauh2; ramai anak2 buah dahpun
::: besar, masing2 beraya di rumah kawan2; malam raya pula takbir rumah ke rumah, byk yg
::: tak buat open house; duit claim pi Langkawi hari tuh pun masih belum dpt2 lagi; bonus pun
::: takder! [ekekeke] tuh yg recycle baju melayu tuh [hehe].. Yg seronoknyer ialah dpt jumpa
::: ibubapa, adik-beradik, anak2 buah yg comel & cousins yg keje dlm bidang yg sama.. mcm2
::: story kitaorg borak walaupun sekejap ajer berjumpa [sbb nak pi beraya rumah lain pulak]..
::: Ada gak shopping complex baru dibuka di area rumah aku, seronok plak shopping [haha]..
::: Insya-Allah, raya ke-3 nanti aku balik kampung di Melaka pula.. enjoy raya guys!!!
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin

Friday, September 18, 2009

Balik Kampung

Selamat Balik KL

::: Salam Aidilfitri buat semua, 2 hari lagi dah nak raya, opis pon makin hari makin kurang org.
::: [hehehe] Kalo ada yg tinggalpon, sorang dua sambil pasang lagu raya di komputer yg sayup2
::: aje volumenyer [huhu].. kejap lagi pukul 5pm mulalah semua bersalam-salaman wishing
::: semua selamat hari raya & bermaaf-maafan zahir batin.. Last day of working, maybe most
::: of us akan pulang ke kampung halaman malam nih jugak utk bersama2 berpuasa & berbuka
::: dgn ibubapa & adik-beradik yg lain.. samalah jugak dgn aku nih [hehehe] tapi aku balik lewat
::: sikit ler memandangkan tragedi buah epal tahun2 lepas, selalu ajer terperangkap dlm 'jam' -
::: kesesakan di highway PLUS dari JB hinggalah ke Yong Peng.. tuh belom lagi di Melaka,
::: Seremban & kat tol Sg. Besi.. aduuhh bosannyer! [huhu] neway aku balik malam nih jugak.

::: Sebab kampung aku ialah KL, agak susah org lain nak wish aku selamat balik kampung..
::: Aku asal, lahir & dibesarkan di KL, ibubapa asal Melaka, berhijrah, menetap, bekerja &
::: berkeluarga di KL, jadi dulu2 bila time raya, aku anggap Melaka tuh kampung laa, sbb nak
::: jumpa atuk nenek.. sekarang nih aku keje di JB, bila time raya, maka KL tuh laa kampung
::: aku, sbb aku nak jumpa ibubapa aku yg tercinta..
~ Selamat Balik Bandar everybody!!! [hehehe] drive carefully..

Monday, September 7, 2009

Likur

bintang

::: Alhamdulillah hari nih genaplah 17 hari kita semua berpuasa dlm bulan Ramadan yg mulia..
::: Pada hari nih jugalah surah al-Quran pertama diturunkan kpd Rasulullah Muhammad saw yg
::: dikasihi.. Nuzul bererti 'turun/pindah dari atas ke bawah' yg merujuk peristiwa Rasulullah
::: saw memperolehi 5 ayat pertama drpd surah al-'Alaq. Lailatul Qadar pula adalah 1 malam
::: dlm bulan Ramadan yg mempunyai byk fadhilat yg biasanya antara 10 mlm akhir Ramadan
::: & amalan pada malam itu adalah lebih baik drpd 1000 bulan [83 tahun].

::: Kesimpulannya marilah kita sama2 menghayati Nuzul al-Quran ini sbg suatu peristiwa
::: besar yg penuh makna & hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sbg kitab induk -
::: panduan segala ilmu pengetahun utk memajukan manusia seluruhnya. Tingkatkanlah amal
::: ibadah pada malam akhir ini mengejar anugerah Allah swt yg tak terhingga.. Insya-Allah..

::: Agak busy sikit pada minggu ini, tak sempat nak shoot gambar yg menarik.. sekadar gambar
::: slow shutter di bilik pakaian [hehe] dgn lilin, baru kejap tadi ambil.. biasanya pd malam mcm
::: nih, kat kampung mesti pasang pelita keliling rumah.. Paling cantik aku penah tengok kat Alor
::: Gajah, Melaka.. tapi zaman moden nih, ditukar kpd lampu neon berkelip2, asalkan rumah kita
::: terang bederang sesuai dgn keistimewaan pada malam terakhir tersebut.. Aku penah pasang
::: pelita tahun lepas spt di entry sebelum ini [klik sini]. Shot di atas: shutter 10", aperture f/5.6
~ salam Nuzul Quran semua salam Malam 7 Likur..

Tuesday, September 1, 2009

Langkawi

Langkawi scenery
Beras Terbakar Field
Langkawi Landmark

::: Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa & barulah hari ini aku nak uploadkan entry
::: pulau Langkawi, Kedah.. Aku ke sana kerana kursus berkaitan dgn multimedia editing pada
::: [10-14/8/2009] tapi kami hanya belajar perkara2 asas sahaja memandangkan tak semua
::: peserta berlatarkan bidang yg sama.. Bagi aku kursus ni mmg menyeronokkan [hehe] yelah
::: bolehlah sikit2 tunjuk skil yg ada, walaubagaimanapun ada jugak perkara2 baru yg aku
::: pelajari dlm penggunaan adobe illustrator.

Telaga Harbour
at Bella Vista's pool side
Bella Vista Langkawi

::: Aku rasa semua dah tahu sejarah Langkawi, begitu juga dgn namanyer yg berasal dari
::: perkataan 'burung helang' & 'kawi' merujuk kpd merah coklat. Ringkasnyer burung helang
::: berwarna merah coklat yg byk terdapat di pulau tersebut.. awesomee bird, very2 big! aku
::: berpeluang melihat burung ini terbang di Dataran Lang, sorry tak sempat nak rakam.. Oleh
::: kerana terlalu sibuk dgn jadual, aku tak berkesempatan utk melawat Geopark Sg. Kilim yg
::: ada burung helang terbang mengambil makanan yg dicampakkan di sungai.. walaupun agak
::: kontroversi di kalangan pencinta alam, Kilim masih salah satu destinasi yg perlu dilawati
::: oleh pelancong apabila ke Langkawi.

Langkawi Cable Car
Langkawi Skybridge
at Mount Mat Chincang's peak

::: Selain itu, Langkawi Cable Car di Gunung Mat Chincang pun antara destinasi yg tak boleh
::: dilepaskan.. aku dapat jugak naik cable car kat sana walaupun tiba di kaunter tiket 5 minit
::: sebelum ditutup pada pukul 6 petang [hehehe] terima kasih kpd pemandu teksi kami! Di
::: puncak, the view was spectacular! mmg cantik sungguh.. sempat gaklah aku berlakon sikit
::: utk video assignment.. tuh yg posing angkat tangan mcm ultraman tuh [huhu].. enjoy!!!

kolaj2
kolaj3
kolaj1
~ for more info, click the green words